Esok
Selepas 10 hari kempen yang penuh dengan drama dan penuh dengan taktik-taktik kotor, esok, satu penentuan yang cukup penting akan berlaku.
Pada malam ini, saya saksikan usaha terakhir media-media melemparkan tohmahan-tohmahan kotor. Semua ini amat menjijikkan.
Esok, pengundi Permatang Pauh akan menentukan sama ada cara berkempen secara kotor akan mendapat kemenangan.
Esok, pengundi Permatang Pauh boleh juga menyumbang kepada berlakunya suatu perubahan yang amat mustahak untuk negara tercinta.
Tahun ini, suasana untuk meraikan Hari Kemerdekaan dikatakan langsung tidak hangat. Bagi rakyat, sama ada Melayu, India, Kadazan, Iban, Cina, apa yang dinanti-nantikan adalah suatu perubahan yang akan membawa kemerdekaan hakiki kepada Malaysia, kemerdekaan daripada penindasan UMNO.
Esok, pengundi Permatang Pauh berpeluang membawa perubahan sedemikian. Rakyat berbilang kaum generasi ini mahupun kemudian akan terhutang budi kepada pengundi Permatang Pauh jika perubahan yang diimpikan dapat tercapai.
Esok, tanggal 26 Ogos 2008 cukup penting. Ini tanggal yang mungkin menjadi ingatan dan sejarah negara, suatu detik Malaysia diselamatkan daripada dimusnahkan oleh kerakusan UMNO.
Tetapi, ia juga boleh menjadi detik impian rakyat berkecai, hari kiamat untuk pergerakan refomasi. Jika ini berlaku, apa akan terjadi kepada Malaysia?
Biar kita sama-sama berdoa: esok, kebenaran ditegakkan secara nyata, dan deengan itu barulah kita mula sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan yang cukup bermakna tahun ini.

1 Comments:
mesti boleh ,rakyat boleh!
发表评论
<< Home